eKelas Sains dan Matematik Minggu 16
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019, Sabtu, seramai 29 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.
Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, bagi subjek Sains,para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang bentuk-bentuk buruj, membuat carta alir Homeostasis, keradioaktifan dan membuat carta alir penghasilan tenaga elektrik dari tenaga nuklear. Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan.
Manakala, untuk subjek Matematik, antara topik yang dipelajari adalah pecahan, perimeter dan luas,koordinat, sudut dan dongakan serta poligon.
Selain itu, para pelajar tingkatan 4 dan 5 juga diberikan soalan kuiz semasa kelas berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: